Wednesday, September 29, 2010

Majlis Perasmian Minggu Anti Dadah

Pada 2 hingga 6 Ogos 2010 yang lalu, Sekolah ini telah mengadakan Minggu Anti Dadah. Objektif bagi melaksanakan aktiviti ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang bahaya dadah, seks rambang dan cara mencegah diri daripada terjerumus ke kancah tersebut. Disepanjang minggu tersebut, keseluruhan aktiviti melibatkan semua pelajar dan warga sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan pada minggu tersebut ialah:
 1. 5 Minit anti Dadah : menerangkan tentang bahaya dadah dan kesannya, menerangkan cara mengelakkan      diri   daripada menjadi keldai dadah, dan juga tanda-tanda seseorang yg berkemungkinan menagih dadah.

2. Ceramah Anti Dadah : Ceramah yg disampaikan oleh Penceramah daripada Rumah Victory (Pusat pemulihan dadah-swasta). Ceramah oleh Pn.lim Soo Kiam (kaunselor sekolah) tentang kesan dadah dan motivasi meningkatkan jati diri dan mengurus tekanan.

3. Pertandingan Melukis Poster : melibatkan pelajar tingkatan 1 dan 2 sahaja. 

4. Pameran Anti Dadah : daripada AADK daerah Klang. 

 Perasmian Minggu Anti Dadah ini juga dilaksanakan dengan penuh simbolik. bagi sesi pagi, Majlis dirasmikan oleh Tuan Pengetua dan sesi petang dirasmikan oleh Penolong Kanan Petang disaksikan oleh semua pelajar dan guru. Antara gambar-gambar yang diambil semasa perasmian di sesi petang : 






No comments:

Post a Comment